Saya ingin berytanya pada Cikgu sedikit soalan mengenai website(Kursus Internet). Setelah kita daftar dengan "Windows Live" dan mencipta laman web kita dengan alamat URL,contohnya "http://alihusin.web.
Jawapan:-
Alamat URL tapak web OfficeLive anda dibina dari maklumat yang anda berikan semasa mendaftar dengan OfficeLive. Namun OfficeLive membenarkan anda menukar nama tapak web anda. Nama yang boleh ditukar adalah nama yang tiba sebelum .officelive.com Untuk melakukannya sila ikuti arahan - arahan berikut:-
1) Log masuk ke akaun OfficeLive anda.
2) Di bahagian Get Started, klik (2)Get a domain name
3) Cari dan klik pada link (3)Rename your free OfficLive domain.
4) Baca arahan yang muncul. Perkara penting yang harus disedari ialah:-
Sebelum anda menukar nama domain anda, pastikan bahawa anda memahami kesan-kesan tindakan anda ini:
* Tapak statistik dari nama domain lama akan hilang dan tidak dapat ditebus.
* Memindahkan sebuah laman web ke nama domain baru mungkin memerlukan masa 1 hingga 4 hari, di mana laman web anda tidak akan dapat dicapai oleh pelanggan. Namun anda masih boleh aksesnya dari akaun OfficeLive anda.
* Search engine memerlukan masa untuk mengenali nama domain baru. Sehingga itu, pelanggan akan dihantar ke URL lama. Hal ini dapat menurunkan rangking halaman web anda.
* E-mail account dari nama domain lama anda mungkin akan terganggu hingga e-mail account ditetapkan pada nama domain baru.
Untuk mengurangkan kesan - kesan ini anda digalakkan menukar nama domain anda sebaik sahaja ianya dibuat. Menukar nama domain setelah sekian laman tapak web beroperasi akan memberikan kesan serius kepada kecapaian tapak web anda.
5)Jika anda sedar, faham dan terima kesan - kesan ini, klik butang OK. Kemudian taipkan nama domain baru di bahagian Rename domain. Anda juga boleh memilih sub-domain baru menggantikan sub-domain "parks".
6) Klik butang Save untuk menyimpan nama domain baru anda.
==========================================================
Soalan:-
Bolehkah kita cipta lebih dari satu laman web, maksud saya cipta website dengan berlainan "url"(bukan dalam menu navigasi), sekiranya boleh, berapa banyak website baru kita boleh cipta dalam Windows Live?
Jawapan:-
Menurut kefahaman kami anda hanya dibenarkan bina satu tapak web sahaja menggunakan satu akaun OfficeLive. Jika anda hendak tapak web kedua, anda kenalah buat akaun kedua dan seterusnya.
=========================================================
Soalan:-
Selain Windows Live, adakah syarikat lain menyediakan Web Hosting percuma? Apakah ada syarikat Web Hosting "Berbayar" yang boleh kita langgan dengan menciptakan website kita sebagaimana kita cipta website di "Windows Live"(edit cara Microsoft Word) tanpa menggunakan HTML?
Jawapan:-
Sebenarnya memang anda terlalu banyak syarikat yang memberikan perkhidmatan seperti itu. Semuanya berada di luar negara (seperti yang boleh dijangkakan). Apa yang anda perlu lakukan hanyalah taip "free hosting" atau "free website" atau free apa sahaja ke dalam enjin pencari seperti Google selidiki sendiri keputusan dan laman - laman web yang diberikan. Kami minta maaf kerana tidak boleh memberikan sebarang komen terhadap mana - mana perkhidmatan lain. Buat kami di COMPU Studies, kami telahpun memilih yang terbaik bagi pelajar dengan memberikan perkhidmatan dari syarikat gergasi IT di dunia dalam untuk kerja - kerja pembuatan laman web yang percuma dan mudah.
Pengurus
COMPU Studies