Laman Web Percuma di OfficeLive

Microsoft telah mengumumkan bahawa perkhidmatan buat laman web percuma iaitu OfficeLive Small Business telah diberhentikan. Ianya akan digantikan dengan perkhidmatan berbayar OfficeLive 365.

Maklumat lanjut berkenaan dengan perubahan ini boleh diketahui dengan klik pautan ini.

Bagi pelajar Kursus Internet 2010 COMPU Studies, ini bermakna anda tidak akan dapat bina laman web percuma berdasarkan panduan yang diberikan dalam kursus. Menyedari hal ini pihak COMPU Studies telah mengeluarkan Kursus Internet Versi 2011 yang akan menggunakan perkhidmatan buat website percuma dari Jimdo.