Kelajuan Internet dipengaruhi oleh faktor - faktor berikut:-
1) Jenis sambungan (narrowband atau broadband)
2) Kelajuan sambungan (kbps atau mbps atau gbps)
3) Bilangan orang yang menggunakan sambungan di lokasi yang sama.
4) Jarak komputer ke pusat sambungan Internet terdekat
5) Jenis dan kelajuan komputer
6) Jenis perisian browser yang digunakan
7) Aktiviti Internet yang digunakan (seperti e-mail, menonton video dan lain - lain).
8) Kehadiran Virus dan Spyware di dalam komputer
Seringkali apabila kelajuan Internet yang perlahan dikesan, ianya adalah disebabkan oleh salah satu atau lebih dari faktor - faktor di atas. Cara terbaik mengesan punca masalah kelajuan Internet yang perlahan adalah dengan menguji kelajuan Internet anda. Anda boleh lakukan beberapa jenis ujian:-
1) Menguji kelajuan Internet dari komputer yang sama menggunakan beberapa ujian kelajuan dari laman web berbeza di bawah.
2) Menguji kelajuan Internet dari komputer lain (tapi dengan talian atau sambungan yang sama dan dari lokasi yang sama) menggunakan beberapa ujian kelajuan dari laman web berbeza di bawah.
Internet Speedometer.
Laman - laman web di bawah (tempatan dan antarabangsa) mempunyai perisian Internet Speedometer yang dapat mengesan kelajuan sambungan Internet anda. Gunakannya untuk mengesan sebarang masalah dengan kelajuan Internet anda.
Tempatan
1. TMnet = http://speedtest.streamyx.com.my/
2. Celcom = http://203.82.91.8/speedometer/
3. Digi = http://www.digi.com.my
4. P1WiMax = http://speed.p1.com.my/
5. Maxis = http://bandwidthmeter.maxis.com.my/
Antarabangsa
1. http://www.bandwidthplace.com/
2. www.speedtest.net
3. www.performance.toast.net
4. www.auditmypc.com/internet-speed-test.asp
5. http://myspeed.visualware.com/index.php