Bagaimana Memuat - Turun Gambar

Internet mempunyai koleksi gambar yang amat besar. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan atau memuat - turun gambar dari Internet, dalam rencana ini kami akan mengajar cara memuat - turun gambar dari Google Images.  


Langkah pertama adalah untuk melayari laman web utama Google, kemudian seperti yang digambarkan di sebelah klik pada Tab Images pada laman web tersebut.
(Klik pada gambar disebelah untuk melihat imej yang lebih besar)

Ini akan membawa anda ke laman utama Google images. Pada bar carian Google Images taipkan kata carian bagi gambar yang diingini. Sebagai contoh, anda boleh taip CARS, COMPUTERS, atau seperti yang digambarkan di sebelah taipkan AVATAR WALLPAPER. Setelah taip tekan Enter.
(Klik pada gambar disebelah untuk melihat imej yang lebih besar)

Anda akan dibawa ke laman web hasil carian yang memaparkan berpuluh  gambar, pilih yang mana satu yang
anda inginkan dengan klik kepadanya.
 (Klik pada gambar disebelah untuk melihat imej yang lebih besar)

Anda akan dibawa ke laman web dimana terdapat versi besar gambar tersebut. 
(Klik pada gambar disebelah untuk melihat imej yang lebih besar)



Right - klik padanya dan pilih Save Picture As...
(Klik pada gambar disebelah untuk melihat imej yang lebih besar)










Ini akan memaparkan sebuah kotak dialog meminta anda menetapkan lokasi penyimpanan gambar tersebut. Tetapkan lokasi simpanan gambar yang sesuai dan klik butang Save. Gambar anda akan dimuat - turun dan disimpan. 
(Klik pada gambar disebelah untuk melihat imej yang lebih besar)

Anda kemudian boleh buka gambar dari lokasi simpanannya menggunakan My Computer.