Bagaimana Memuat - Turun Perisian


Dalam blog ini kami akan memberikan contoh bagaimana memuat - turun perisian penjelajah internet yang terkenal iaitu Firefox

Apabila anda melayari laman web utama Firefox, skrin seperti di sebelah akan terpapar. Setiap perisian yang boleh dimuat turun akan mempunyai butang muat turun yang boleh diklik. Untuk memuat - turun perisian Firefox anda akan klik pada Butang DOWNLOAD FIREFOX - FREE. 
(Klik pada gambar disebelah untuk melihat imej yang lebih besar)
 



Sebaik sahaja anda klik butang tersebut sebuah kotak dialog seperti sebelah akan muncul. Klik butang SAVE FILE pada kotak dialog ini untuk memuat - turun perisian tersebut ke komputer anda. 
(Klik pada gambar disebelah untuk melihat imej yang lebih besar)


Dalam sesetengah browser, anda mungkin akan diminta menetapkan lokasi di mana perisian yang hendak dimuat turun itu harus disimpan. Kebiasaannya ramai pengguna gemar memuat turun perisian ke Desktop mereka. Jadi pilihlah lokasi simpanan yang sesuai dengan anda.
(Klik pada gambar disebelah untuk melihat imej yang lebih besar)
 


Sebuah lagi kotak dialog akan muncul yang memaparkan masa yang tinggal untuk memuat - turun perisian Firefox tersebut.

Setelah muat turun selesai anda boleh tutup kotak dialog dengan klik butang Close. Anda kemudiannya boleh menjalankan perisian yang dimuat turun dari lokasi di mana ianya di simpan.
(Klik pada gambar disebelah untuk melihat imej yang lebih besar)