Anda mungkin melawati sesetengah laman web anda tidak ingin dikongsi atau diketahui oleh orang lain. Masalahnya semua laman web yang ditaipkan ke dalam kotak URL browser akan diingat oleh perisian tersebut.
Bagaimanakah hendak membuang rekod alamat - alamat URL dari kotak URL browser anda. Di sini kami jelaskan langkah - langkahnya. Sila ikuti langkah yang sesuai dengan perisian browser anda di bawah.
Membuang Rekod URL Dalam Internet Explorer
Di dalam Internet Explorer, klik menu Tools diikuti dengan pilihan Options.
Satu kotak dialog seperti di sebelah akan muncul. Klik butang Delete... di tab General seperti yang digambarkan di sebelah.
Satu lagi kotak dialog akan muncul seperti yang digambarkan di sebelah. Buat pilihan seperti yang digambarkan dan kemudian klik butang Delete. Tunggu beberapa minit sehingga lampu aktiviti cakera keras anda berhenti menyala. Rujuk di sini untuk keterangan lanjut. Kotak dialog ini akan tutup secara automatik. Klik butang OK untuk tutup kotak dialog yang ada.
Membuang Rekod URL Dalam Mozilla Firefox
Di dalam Mozilla Firefox, klik menu Tools diikuti dengan pilihan Options.
Satu kotak dialog seperti di sebelah akan muncul. Klik tab Privacy. Kemudian klik link clear your recent history seperti yang digambarkan di sebelah.
Satu lagi kotak dialog akan muncul seperti yang digambarkan di sebelah. Buat pilihan seperti yang digambarkan dan kemudian klik butang Clear Now. Tunggu beberapa minit sehingga lampu aktiviti cakera keras anda berhenti menyala. Kotak dialog ini akan tutup secara automatik. Klik butang OK untuk tutup kotak dialog yang ada.
Untuk maklumat lanjut penggunaan browser sila rujuk Kursus Internet COMPU Studies.



