Soalan dari seorang pelajar Kursus Internet COMPU Studies : "Bagaimana menyenaraikan alamat web di enjin carian Google dan Yahoo dengan tepat dan cara membuat laman web yang mudah untuk dicari?"
1) Usia laman web anda. Enjin pencari memberikan markah lebih tinggi kepada laman web yang sudah lebih lama wujud di alam siber. Daya ketahanan ini dianggap menggambarkan kualiti laman web oleh enjin pencari.
2) Berapa kerap laman web dikemas kinikan. Laman web yang dikemas kinikan secara sistematik dan pada kala yang tertentu akan menerima rangking yang lebih tinggi dari enjin pencari.
3) Pengkhususan kata kunci. Laman web mestilah mempunyai kata kunci yang khusus yang diulang sebilangan kali. Laman web yang tidak mempunyai kata kunci (contohnya hanya mempunyai grafik sahaja) atau mempunyai kata kunci yang terlalu banyak akan diberikan rangking yang rendah oleh enjin pencari.
4) Kualiti pautan: laman web anda haruslah menerima link pautan dari laman - laman web lain. Lebih banyak laman web yang berkualiti tinggi yang memberikan pautan ke laman web anda maka lebih tinggilah rangking laman web anda di mata enjin pencari.
5) Struktur laman web: enjin pencari boleh mengindeks tulisan atau teks dengan baik. Namun kandungan laman web bukan teks seperti grafik, video, flash, animasi dan kod program seperti javascript tidak boleh diindeks dengan baik. Oleh itu kandungan laman web anda seharusnya majoriti terdiri dari tulisan atau teks. Elakkan dari memasukkan terlalu banyak elemen - elemen yang tidak boleh diindek baik oleh enjin pencari seperti yang dinyatakan tadi ke dalam laman web anda.
Mengikut petua - petua di atas laman web anda akan dengan sendirinya menerima rangking tinggi dari enjin pencari. Laman web yang dibina menggunakan sistem yang diajar dalam Kursus Internet COMPU Studies akan memastikan anda mematuhi semua petua - petua di atas. Jadi tidak perlulah bagi anda membazirkan ratusan atau ribuan Ringgit atas perkhidmatan mempromosikan laman web anda.