Proxy digunakan untuk berbagai tujuan. Proxy boleh digunakan sebagai penapis laman - laman web yang dibenarkan akses kepada pengguna.
Banyak perisian seperti Firewall dan antivirus juga menggunakan fungsi proxy untuk memantau data yang keluar masuk diantara pengguna dan Internet. Pemantauan ini memboleh perisian tersebut mengesan sebarang anasir yang tidak diingini yang cuba menceroboh masuk ke dalam sistem pengguna.
Hampir semua Internet browser membenarkan pengguna menetapkan alamat proxy bagi membolehkan semua maklumat diimbas oleh sebarang perisian di lokasi proxy berkenaan.
Dalam kebanyakkan anda pengguna tidak perlu memasang proxy secara manual. Sebarang ketetapan proxy biasanya akan dilakukan secara automatik oleh perisian seperti Firewall dan antivirus jika perlu.
Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan Internet, sila rujuk Kursus Internet COMPU Studies.
