Bagaimana Membuang Kursus Internet?

Jika Kursus Internet anda mengalami masalah kritikal, kaedah terbaik untuk membaik-pulih masalah tersebut ialah dengan membuang pemasangan kursus tersebut dari komputer anda dan kemudian memasangkannya semula.

Diantara masalah - masalah kritikal yang mungkin memerlukan anda membuang dan memasang semula Kursus Internet adalah seperti berikut:-
a.) Terlupa katalaluan kursus dan tidak dapat menebus katalaluan tersebut.
b.) Persian sudah tidak berfungsi seperti sedia kala. Sebagai contoh, demonstrasi atau latihan tidak dapat dijalankan.


Terdapat berbagai sebab mengapa masalah - masalah ini boleh muncul. Namun di sini kami lebih menekankan kaedah membaik-pulih masalah tersebut supaya anda boleh kembali menggunakan Kursus Internet anda secepat mungkin.

Sila ambil perhatian pembuangan Kursus Internet tidak akan menjejaskan sebarang keputusan latihan dan ujian yang telah anda jalankan. Anda juga tidak akan hilang sebarang kerja - kerja amali (seperti e-mel, blog dan Internet) yang anda bina semasa mengikuti kursus.


Sila ikuti langkah - langkah berikut untuk membuang pemasangan Kursus Internet anda.

1.) Klik butang Start > All Programs > COMPU Studies > Kursus Internet > Buang Kursus Internet (klik pada gambar untuk mendapatkan paparan lebih besar).




2.) Bila ditanya "Are you sure you want to uninstall" klik butang YES (klik pada gambar untuk mendapatkan paparan lebih besar).

3.) Tunggu sebentar di skrin "Please wait"(klik pada gambar untuk mendapatkan paparan lebih besar).



4.) Jika muncul kotak kuning, klik butang ALLOW atau YES (klik pada gambar untuk mendapatkan paparan lebih besar).



5.) Tunggu sehingga bar hijau sampai ke penghujung kanan. Jangan klik Cancel (klik pada gambar untuk mendapatkan paparan lebih besar).



6.) Bila tamat, Kursus Internet anda telah selamat dibuang. Klik butang Start > All Programs > COMPU Studies dan pastikan folder Kursus Internet sudah tidak wujud lagi. Jika Kursus Internet adalah satu - satunya produk COMPU Studies yang terpasang dalam komputer anda, folder COMPU Studies juga tidak akan kelihatan. Ketiadaan folder COMPU Studies atau folder Kursus Internet melambangkan pemasangan kursus telah berjaya dibuang (klik pada gambar untuk mendapatkan paparan lebih besar).

Setelah Kursus Internet berjaya dibuang, sila Restart (mula semula) komputer anda dengan menggunakan butang Start > Shutdown > Restart.

Apabila komputer anda sudah mula semula, biarkannya selama 15 hingga 20 minit untuk siap membaca dan membuang saki baki fail yang tidak diperlukan. Jangan gunakan komputer anda langsung pada ketika ini. Petua ini penting diikuti bagi memastikan langkah seterusnya berjalan dengan baik.

Setelah masa 20 minit ini berlalu, masukkan CD-ROM Kursus Internet ke dalam komputer anda dan ikuti langkah - langkah yang muncul di skrin untuk memasang semula Kursus Internet ke dalam komputer anda.


Setelah Kursus Internet berjaya dipasang, keluarkan CD-ROM kursus dari komputer anda. Jalankan kursus dan ikuti langkah - langkah yang muncul di skrin untuk mengaktifkan Kursus Internet anda semula. Pengaktifan harus dilakukan sekali lagi kerana kursus telah dibuang sebelum ini.


Setelah kursus diaktifkan dan anda boleh jalankan pelajaran, sila periksa sama ada masalah yang dihadapi sebelum ini masih wujud. Jika masalah tidak dalam diselesaikan, sila hubungi COMPU Studies.


Jika anda memerlukan sebarang bantuan jangan segan silu menghubungi kami. Sila rujuk Panduan Pelajar anda untuk kaedah dan waktu terbaik menghubungi kami.


Kami berharap dengan blog ini anda akan dapat menyelesaikan sebarang masalah kritikal yang berbangkit pada Kursus Internet anda. Sebarang komen dan cadangan dialu - alukan.